• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Arah Lembaga Disiplin PKR Pecat Ahli Buat Kecoh

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Lembaga Disiplin parti memecat mereka yang mencetuskan kekecohan ketika Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) berlangsung hari ini.

Beliau turut memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dalam kalangan anggota AMK.

“Saya menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku di Kongres AMK 2019. Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

“Justeru saya meminta Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab.

“Saya juga mohon kerjasama pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa kekecohan berlaku di depan pintu masuk ke dewan persidangan Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sejak jam 8.30 pagi, apabila lebih 200 perwakilan tidak dibenarkan masuk.

Ada perwakilan yang tidak dibenarkan masuk, tidak berpuas hati apabila mendapati dewan dipenuhi dengan pemerhati tanpa pas, yang didakwa bukan anggota PKR.

Kekecohan kedua berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila sekumpulan perwakilan sayap itu tidak dibenarkan masuk dewan yang berakhir dengan insiden bertumbuk. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimKongres Nasional AMKPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd