• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kegagalan pasukannya pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Skuad bimbingannya yang dibarisi antara pemain muda terbaik negara mempamerkan prestasi hambar, hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan, malah diaibkan Kemboja 1-3 sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Kegagalan itu menyaksikan pelbagai kritikan dilempar terhadap prestasi barisan pemainnya selain turut mempertikaikan penggunaan formasi 3-4-3 dalam pasukan kendaliannya.

Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.

“Tiada masalah dari segi formasi kita, hanya segelintir ‘so called’ pembaca dan pemberita sukan yang mempertikaikan di mana saya percaya mereka ini banyak bercakap serta inginkan publisiti,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Pasukan kebangsaan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe menerapkan formasi 4-3-3 yang merupakan formasi asas DNA bola sepak Malaysia dipanggil ‘Cara Malaysia’ yang dilancarkan Julai lepas.

Skuad Harimau Malaya mempamerkan prestasi cemerlang menerusi corak formasi itu, namun formasi 3-4-3 digunakan Kim Swee turut berjaya menghasilkan permainan berkualiti serta melakar kemenangan membanggakan termasuk kejayaan menundukkan Korea Selatan 2-1 di temasya Sukan Asia 2018.

“Ketika kita menang dalam kejohanan yang lepas dengan sistem yang sama ia tak dipertikaikan. Jadi ini semua sesuatu hanya nak menimbulkan beberapa isu apabila pasukan tewas dan ia kebiasaan yang akan berlaku.

“Bagi saya tiada masalah dengan formasi sama ada 3-4-3 atau 4-3-3 atau apa jua formasi,” jelas Kim Swee.

Temasya Sukan SEA 2019 di Filipina adalah tugas terakhirnya bersama skuad B-22 negara selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya yang berakhir hujung tahun ini.

“Untuk 10 tahun atau 5 kali edisi Sukan SEA banyak pengalaman saya lalui di mana ini pendedahan pengalaman cukup baik. Manis…pahit yang dapat saya pelajari,” tambah Kim Swee.

Tags: bola sepakOng Kim SweeSukan SEA Ke-30
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd