• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPP Tahan 53 Pati Warga Bangladesh, Pelarian Ronghingya

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar menahan berkas 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Bangladesh dan pelarian Ronghinya di sempadan Malaysia/Thailand di sini, malam tadi.

Komander UPP Perlis DSP Syed Basri Syed Ali berkata PATI berumur antara lima dan 40 tahun itu diberkas di Felcra Lubuk Sireh dan di Felda Mata Air antara 9.15 malam dan 11.30 malam tadi.

Katanya, PATI itu terdiri daripada 13 lelaki warga Bangladesh dan 40 warga Myanmar terdiri daripada 26 lelaki, enam wanita, lima kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan serta dua bayi lelaki.

Mereka yang disiasat mengaku sebagai pelarian Rohingya dan mendakwa membayar antara RM5,000 dan RM7,000 kepada sindiket untuk dibawa dengan bot dari Myanmar ke tempat tertentu di Thailand sebelum memasuki Malaysia.

“UPP percaya kumpulan PATI ini dibawa masuk oleh tekong darat dengan memanjat pagar keselamatan pada waktu malam dan berpecah dalam kumpulan dipercayai untuk menyukarkan pihak berkuasa.

“Semasa dihampiri pasukan UPP mereka langsung tidak lari atau melawan, mungkin keliru dengan keadaan gelap dan anggota UPP yang berpakaian awam,” kata Syed Basri pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya kesemua PATI berkenaan diberkas dalam empat kumpulan, tiga kumpulan di kawasan ladang getah Felcra Lubuk Sireh, tiga kilometer dari pagar sempadan manakala dua lelaki Bangladesh diberkas di Felda Mata Air, pada 11.30 malam.

Katanya, kesemua PATI berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan sah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2003.

UPP telah mengambil tindakan memperketatkan kawalan di kawasan sempadan tanah air berikutan maklumat yang menjangkakan kemasukan PATI melalui sempadan Malaysia/Thailand. – BERNAMA

Tags: PatiPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd