• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkat Muafakat Nasional Jadi Institusi Seperti BN

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar Muafakat Nasional, iaitu gagasan kerjasama di antara parti itu dan PAS, diangkat menjadi sebuah institusi seperti Barisan Nasional (BN) yang dianggotai pelbagai parti.

Sambil meminta kepemimpinan tertinggi parti menyegerakan usaha berkenaan, beliau berkata, ia akan menjadikan Muafakat Nasional bukan hanya dianggotai UMNO dan PAS, tetapi juga komponen BN seperti MCA dan MIC.

Menerusi langkah itu juga, katanya, gagasan berkenaan boleh turut disertai parti-parti lain atau kumpulan yang menyokong dan mesra BN.

Beliau menjelaskan, sudah tiba masanya UMNO bergerak dari era Parti Perikatan selama 21 tahun (1952 hingga 1973) dan kemudian era BN selama hampir 46 tahun (1973 hingga sekarang) kepada era Muafakat Nasional.

Asyraf Wajdi turut mengingatkan pimpinan tertinggi parti agar tidak sesekali membuat onar selepas berpakat dengan PAS dan mempersia-siakan harapan rakyat.

“Jangan memperjudikan nasib rakyat. Muafakat Nasional ini bukan milik eksklusif mana-mana pimpinan mahupun parti, tetapi ia adalah manifestasi suara hati akar umbi yang mahu umat berpadu.

“Ia cerminan denyut nadi rakyat yang mahu Islam meneraju. Ia juga isyarat rakyat mahukan Malaysia dengan rakyatnya yang pelbagai bangsa dan agama, kembali bersatu,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, kerjasama UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional tidak pernah bercita-cita mendirikan kerajaan yang hanya didominasi orang Melayu dan Islam semata-mata.

“Muafakat Nasional juga tidak wajar mengesampingkan kaum-kaum lain yang sudah menjadi sebahagian daripada warga tanah air tercinta,” katanya.

Asyraf Wajid menegaskan, penerimaan keindukan Melayu, Bumiputera dan Islam oleh bukan Melayu, membuktikan istilah pendatang tidak lagi wujud di negara ini.

“Malaysia ini sudah diperakui milik semua. Semuanya ada tanggungjawab dan hak sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Konsep keindukan ini tidak menjadikan UMNO tuan parti lain,” katanya.

Katanya, Malaysia boleh terus berjaya, kekal stabil dan harmoni apabila kestabilan politik negara dicapai dengan kebijaksaan kepemimpinan mengurus tadbir kerencaman dan kemajmukan rakyat yang ditunjangi sifat keindukan Melayu, Bumiputera dan Islam. – BH Online

Tags: muafakat nasionalPemuda UMNOPerhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd