• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Agong Turut Berduka Pemergian Nassier Wahab

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini peminat penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab berduka setelah menerima berita kematian penyanyi kesayangan mereka.

Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi kesedihan di Twitter peribadinya.

Baginda menzahirkan takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham yang meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.

Berita tersebut juga mendapat perhatian peminat Nassier yang turut bersedih pemergiannya.

Menurut @Jack, “Salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.”

@AyieMusang berkata, “Innalillahiwainnalillahirojiun… Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan dengan orang beriman. Amin ya’rabbal alaamiinnnn.”

Kata @nurul, “Pemergian arwah suatu kehilangan besar kepada industri muzik.”

Terdahulu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, 1 Jun lalu.

Beliau mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah. – Sinar Harian

Tags: meninggal duniaNassier WahabTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd