• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Peralihan Kuasa Aman, Bukti Amalan Demokrasi Berjaya

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses peralihan kuasa yang berlaku secara aman tanpa rusuhan membuktikan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh negara selama ini berjaya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada usia 60 tahun, Parlimen Malaysia juga telah berjaya terus kekal sebagai institusi dan simbol demokrasi yang mewakili suara dan kuasa rakyat.

Menurutnya ia bukan sahaja satu pencapaian yang membanggakan, tetapi perlu dipertahan selagi kerajaan berpegang kepada amalan demokrasi dan yakin suara rakyat itu adalah suara keramat.

“Walaupun berlaku perubahan dari segi parti yang menerajui kerajaan, iaitu yang pertama berlaku sejak merdeka, namun tradisi dan amalan demokrasi terdahulu tetap diterus dan dipertahankan,” katanya ketika berucap di majlis makan malam sempena 60 tahun Parlimen Malaysia di Dewan Bankuet, Parlimen di sini malam ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dr. Mahathir berkata, sambutan ini juga amat bermakna kerana diraikan selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam pada itu Dr. Mahathir mengingatkan bahawa kerajaan yang dipilih tidak boleh memerintah sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

“Jika amanah itu disalah guna dan bawa keburukan kepada rakyat atau semata-mata dilaksanakan untuk kepentingan peribadi, kerajaan akan dihukum seperti yang telah kita saksikan dalam pilihan raya yang lalu,” katanya.

Ingatan yang sama juga diberikan kepada wakil rakyat supaya tidak bermegah-megah dengan tanggungjawab yang diberikan sebaliknya, perlu dilaksanakan dengan amanah dan penuh integriti serta saksama jika mahu terus dihormati.

Ini kerana menurutnya Malaysia baharu yang terbina lebih setahun lalu menuntut pembaharuan dan reformasi besar daripada semua segi, bukan sahaja pentadbiran kerajaan dan cara berpolitik, malah perwatakan sebagai wakil rakyat perlu berubah.

“Jangan merendahkan martabatkan kita, pamerkan sifat baik dan idea konstruktif yang boleh bawa kejayaan. Ahli politik juga perlu mengamalkan politik beretika dan berhujah dengan fakta betul setiap kali berbahas.

“Apa jua tindakan yang dilakukan harus berlandaskan kejujuran dan kebijaksanaan serta elakkan politik dengan pemikiran sempit dan penuh kebencian,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan yang baik akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem pentadbiran dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada masa kini selain berusaha memenuhi manifesto yang dijanjikan pada PRU lalu.

“Sistem demokrasi adalah sesuatu yang hidup dan berterusan, undang-undang yang kita perkenalkan suatu ketika dahulu untuk keperluan semasa, ada yang terpaksa kita pinda dan adakalanya dimansuhkan kerana tidak lagi sesuai dengan amalan demokrasi pada masa kini.

“Kerajaan juga dalam proses menyemak dan meminda undang-undang yang dianggap bertentangan dengan semangat demokrasi dan ini akan terus berjalan dan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran lebih ramai ahli Parlimen muda di Dewan Rakyat di mana 25 peratus daripadanya berumur 45 tahun ke bawah turut membantu kerajaan melakukan reformasi Parlimen kerana mereka lebih terdedah dengan kemahiran dalam teknologi maklumat seterusnya menjadikan mereka lebih bermaklumat untuk membantu kerajaan menggariskan dasar pentadbiran yang lebih jelas.

Tags: DemokrasiParlimenperalihan kuasaRaja Berpelembagaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd