• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Nassier Wahab Meninggal Dunia

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk Nassier Wahab, 57, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini jam 12.45 pagi tadi.

Berita yang mengejut peminat seni tanah air itu disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Beberapa rakan-rakan artis era 80-an seperti Zur Eda dan Azizul Khamis turut memaklumkan berita duka itu menerusi WhatsApp serta laman sosial.

Hafiz berkata, Seniman menyifatkan pemergian mengejut Nassier adalah satu kehilangan besar pada industri muzik tanah air disebabkan bakat serta kebolehan berharga Allahyarham.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Klang, Selangor untuk urusan pengebumian.

“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan negara kehilangan seorang lagi penyanyi hebat era 1980-an serta mempunyai bakat besar dalam bidang muzik tanah air iaitu Datuk Nassier Wahab pada usia 57 tahun.

“Seluruh kepimpinan tertinggi dan exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah,” kata Hafiz dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 1 Jun lalu.

Beliau mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

Nassier pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 1987 dan 2004.

Antara penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail, Datuk Jamal Abdillah dan Ramlah Ram.

Allahyarham juga memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamberlain Collage Birmingham, United Kingdom.

Antara lagu popular yang pernah beliau nyanyikan ialah Memori Cinta Luka, Bayangan Wajah Luka, Sebuah Janji Tak Bereti, Sekali aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu.

Dalam pada itu, penyanyi Ezad Lazim turut menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan Allahyarham yang pernah menyertai program Gegar Vaganza bersamanya.

“Ya Allah, innalillahwainahilahirojiun. Moga rohnya ditempatkan bersama orang yang solihin.

“Saya masih ingat abang Nassier datang melawat saya ketika saya sakit dahulu. Dia banyak memberikan kata-kata semangat untuk saya.

“Namun, Allah lebih menyayanginya,” kata Ezad menerusi Facebooknya. – Sinar Harian

Tags: meninggal duniaNassier Wahabpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd