• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Cukai Pendapatan Guna Kad Kredit, Debit

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pembayar cukai kini boleh membayar cukai pendapatan menggunakan kad kredit dan kad debit Visa, MasterCard dan American Express yang dikeluarkan institusi perbankan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kaedah baharu pembayaran cukai tersebut boleh dilakukan menerusi portal Bayar Hasil yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN iaitu https://byrhasil.hasil.gov.my/.

Ini adalah inisiatif terkini LHDN dengan kerjasama Maybank bagi memastikan urusan pembayaran cukai lebih mudah dan pantas, katanya pada sidang media selepas melancarkan inisiatif itu bersempena Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil di sini, hari ini.

“Ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada pembayar cukai yang sebelum ini dilakukan secara tunai di kaunter, Mesin Deposit Tunai (CDM) serta perbankan internet,” katanya.

Melalui kaedah itu, katanya LHDN menyasarkan bilangan transaksi pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian akan meningkat kepada 25 peratus pada tahun ini berbanding 13.12 peratus daripada 7.53 juta transaksi bayaran cukai direkodkan tahun lepas.

“Melalui kaedah kutipan cukai kreatif sebegini, kerajaan juga yakin sasaran kutipan langsung sebanyak RM142.646 bilion mampu dicapai meskipun berhadapan dengan cabaran termasuk kejatuhan harga minyak dunia yang dijangka merosotkan kutipan cukai daripada sektor minyak mentah ” katanya.

Pada tahun lepas, LHDN mencatatkan kutipan sebanyak RM133.694 bilion, meningkat 3.6 peratus berbanding pada tahun sebelumnya. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd