• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mahu Lihat Saya Jadi PM Di Usia 100 Tahun?” – Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan sokongan terhadap pindaan perlembagaan yang menghadkan tempoh pemerintahan perdana menteri selama 2 penggal.

“Saya berusia 94 tahun. Anda mahu lihat saya menjadi perdana menteri pada usia 100?” selorohnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pindaan itu jika lulus akan menetapkan tempoh jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri dihadkan kepada 2 penggal sahaja.

Sementara itu, Mahathir menyifatkan cadangan melantik ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim sebagai menteri tugas khas, sekadar pandangan peribadi.

Ini susulan kenyataan wartawan veteran A Kadir Jasin yang meminta Mahathir merombak Kabinet susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.

“Itu pendapat dia, (semua orang) bebas suara. Sesiapa boleh buat cadangan.

“Saya dengar semua pendapat orang, tak semua saya setuju. Rombakan Kabinet, kebebasan bersuara, kamu boleh tanya.

“Apa saya rasa, saya fikir, saya simpan untuk diri saya sahaja,” katanya. – FMT

Tags: Mahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd