• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peragaan Separuh B0gel Insiden Mendukacitakan – Rais

oleh
02/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini nyata insiden yang mendukacitakan.

Budayawan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, penganjuran berkenaan secara keseluruhannya memberikan gambaran seolah-olah sudah tiada garis panduan khususnya yang melibatkan warisan budaya negara.

“Perimbangan harus dibuat pihak berkuasa kementerian menarik pelancongan ala Malaysia yang menghormati budaya tempatan yang dikongkong atau ditentukan sosio budaya dan nilai-nilai pelbagai kaum.

“Dalam hal ini tentu sekali bertentangan dengan nilai di Malaysia khasnya bagi kita menjadikan Islam sebagai agama rasmi,” katanya bagi mengulas berhubung penganjuran berkenaan yang berlangsung Jumaat lalu.

Menurutnya, ia sekali gus menggambarkan garis panduan pertunjukan awam yang diluluskan Kabinet pada 2010 dan 2012 lalu sudah hilang.

“Saya berpendapat kita sudah hilang garis panduan seperti saya berada dalam kerajaan dahulu.

“Saya suka merujuk kepada petua garis panduan pertunjukan awam yang telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2010 dan 2012 lalu,” katanya.

Sementara itu, Rais menyifatkan sebarang keputusan berhubung penganjuran ekspo berkenaan boleh dibuat oleh menteri, timbalan menteri atau ketua setiausaha kementerian yang berkaitan.

Katanya, keputusan berhubung penganjuran ekspo sedemikian tidak perlu mengambil masa yang lama jika dilihat kepada kandungan penganjurannya.

“Jadi dalam soal itu tak payah panjang logiknya, menteri atau timbalan menteri atau ketua setiausaha boleh buat keputusan. Lihat kandungan tatu tadi.

“Jadi, apa yang berlaku ini memang mendukacitakan seolah-olah kita ini tak ada garis panduan budaya dan warisan kita,” katanya.

Difahamkan, ekspo berkenaan membabitkan penyertaan 35 negara dan pernah dianjurkan di Sabah pada 2015, 2016 dan 2017 lalu. – Sinar Harian

Tags: Rais YatimTattoo Malaysia Expo 2019
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd