PASTI ramai yang menyangkakan sebegitu apabila melihat sekilas pandang setem tersebut.
Memang nampak hampir serupa namun wajah yang menghiasi setem pertabalan tahun 1966 itu adalah Mantan Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Sememangnya, pelakon aksi lasak terkenal dari Hong Kong yang baru sahaja dianugerahkan gelaran Datuk itu memiliki iras wajah Sultan Terengganu yang ke-14 ini.
Setem tersebut dikeluarkan sempena pertabalan baginda pada tahun 1966.
Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong keempat dari negeri Terengganu Darul Iman yang memerintah dari September 1965 hingga September 1970.
Barangkali inilah yang dikatakan orang, bagai pelanduk dua serupa.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syafiq Akhir
https://www.youtube.com/watch?v=-flLdOBAOtY

