• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahami Konsep Istito’ah Sebelum Mengerjakan Haji – Mufti WP

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu memahami konsep istito’ah sebelum menunaikan ibadah haji yang mana ia merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan menjadi kewajipan dalam menjalankan ibadah itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kemampuan menunaikan haji atau istito’ah mempunyai pengertian luas yang merujuk kepada kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, bekalan, kenderaan dan perjalanan yang aman.

Beliau berkata, istito’ah segi bekalan membawa kepada pengertian bekalan mencukupi baginya menuju ke tanah suci sehingga pulang di samping bekalan yang mencukupi bagi keluarga di bawah tanggungannya di tanah air.

“Istito’ah dengan makna ada kenderaan yang menyampaikan ke Makkah pula seperti kapal terbang atau kenderaan selesa, termasuk perjalanan menuju ke sana penuh dengan aman. Tidak ada rusuhan, tidak ada perkara membawa peperangan dan seumpamanya,” katanya kepada Bernama menerusi Lembaga Tabung Haji (TH).

Zulkifli berkata, istito’ah untuk menunaikan haji juga merujuk kepada beberapa faktor yang penting iaitu termasuk mahram, kesihatan, kuota atau kebenaran haji daripada kerajaan Arab Saudi dan keselamatan.

Katanya, berdasarkan Mazhab Syafie, keperluan mahram dilebarkan mengenai kebolehan wanita pergi ke Makkah apabila wujudnya nisak thiqah, bermaksud jika ketiadaan suami atau mahram, maka dibolehkan pergi bersama dua perempuan yang dipercayai, amanah dan taat atau thiqah, dan memadai juga kepadanya seorang wanita yang thiqah.

“Inisiatif dari TH amat jelas apabila adanya pihak tertentu yang sama-sama membantu sebagai satu keluarga besar haji. Kita anggap mahram adalah penting bahkan wajib, tetapi bentuknya yang pertama adalah mahram seperti adik-beradik, bapa begitu juga suaminya. Sekiranya tidak ada, wanita thiqah sebagaimana dinaskan dalam Mazhab Syafie diperlukan,” katanya.

“Sekali pun kita bertubuh sihat, duit mencukupi bahkan melebihi serta memenuhi semua syarat, seseorang jemaah itu tidak dianggap istito’ah, bahkan perlu menunggu hingga sampai giliran sampai barulah dikira istito’ah.

“Kita kena faham, bukan kita sahaja, tetapi umat Islam dari pelusuk dunia mahu melaksanakan haji termasuk negara seperti Amerika Syarikat, England, Perancis, Jerman atau Jepun. Itu belum lagi negara yang mempunyai jumlah orang Islam ramai seperti Indonesia, Turki, Mesir juga Malaysia,” katanya.

Justeru katanya, meraikan dan mematuhi isu mengenai kuota haji atau kebenaran haji yang dipanggil tashrih atau kebenaran melaksanakan ibadat haji adalah perkara yang juga termasuk dalam istito’ah haji.

Zulkifli berkata, bagi istito’ah dalam aspek keselamatan, ia seharusnya dilihat kepada diri sendiri serta keluarga dan perlu dilihat dalam bentuk lebih luas daripada dasar atau pandangan negara sekiranya berlaku pergolakan atau musibah membawa kepada ketidakamanan serta risiko kepada jemaah haji.

“Keselamatan hendaklah diambil kira kerana keamanan dalam perjalanan, di tempat tujuan dalam melaksanakan haji penting yang perlu kita fahami sebaiknya supaya ibadah haji dilakukan dalam keadaan hati tenang dan sempurna akhirnya dengan kesempurnaan melayakkan seseorang mendapat haji mabrur,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku ancaman dalam perjalanan atau peperangan menuju Tanah Suci yang tidak mempunyai jaminan keselamatan, wabak besar menyebabkan kepada kebinasaan, dan keselamatan tempat dituju tidak memenuhi spesifikasi juga membawa kepada ketidakwajiban dalam menunaikan haji kerana tidak dianggap sebagai istito’ah.

Tags: ibadah hajikonsep istito’ahMufti Wilayah Persekutuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

01/05/2024
0

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan...

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd