• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN, PAS, GPS Tolak RUU IPCMC

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang menegaskan tidak bersetuju dan akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019, jika kerajaan membentangkannya di Dewan Rakyat, minggu depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan Barisan Nasional (BN), PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak perkara itu, kerana mendakwa kerajaan tidak mempedulikan pandangan Jawatankuasa Khas RUU IPCMC yang tidak bersetuju dengan banyak klausa dalam RUU berkenaan.

“Selepas membaca Laporan Jawatankuasa Khas RUU IPCMC, serta mendapat maklumat daripada ahli jawatankuasa, kami mendapati proses mendapatkan pandangan awam bagi menambah baik RUU ini hanya kosmetik dan lakonan.

“Ketika proses itu, ramai pemegang taruh seperti polis dan masyarakat awam tidak bersetuju dengan beberapa klausa RUU ini.

“Pakar Perlembagaan Persekutuan yang dipanggil jawatankuasa khas juga tidak bersetuju kerana bertentangan Perkara 140 (Suruhanjaya Pasukan Polis) dan Perkara 135 (sekatan pembuangan kerja dan penurunan pangkat) Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan kebanyakan pemegang taruh tak bersetuju tapi kerajaan tetap mahu bentang RUU ini, ia menunjukkan kerajaan tidak peduli pada pandangan mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sidang media itu dihadiri hampir 20 Ahli Parlimen BN, PAS dan GPS.

Semalam, kerajaan mengemukakan Laporan Jawatankuasa Khas RUU IPCMC 2019 kepada semua Ahli Parlimen, selepas jawatankuasa khas itu mengadakan sesi pertemuan dengan pelbagai pihak selama kira-kira enam minggu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dilaporkan berkata, pihaknya akan memilih syor tertentu daripada laporan berkenaan, sebelum membentangkan RUU IPCMC 2019 di Dewan Rakyat, minggu depan.

Pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat menetapkan supaya RUU IPCMC 2019 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperincikan lagi kandungannya, termasuk beberapa pindaan yang dicadangkan bagi tujuan penambahbaikan. – BH Online

Tags: Barisan NasionalGPSPASpembangkangRUU IPCMC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd