• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MoU Dengan China Tak Libat Aktiviti Melombong Nadir Bumi

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Chinalco GXNF Rare Earth Development Co. Ltd. tidak melibatkan sebarang aktiviti perlombongan mineral nadir bumi di Perak.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menegaskan bahawa pemeteraian perjanjian tersebut hanya tertumpu kepada proses kajian bagi mengenal pasti sumber-sumber nadir bumi di negeri tersebut.

“Konteks pemeteraian MoU tersebut masih di peringkat awal iaitu menggunakan kepakaran daripada pihak China dalam mengenal pasti potensi sumber nadir bumi di Perak, khususnya jenis lempung jerapan ion (ion adsorption clay) yang tidak mengandungi thorium mahupun uranium sebagai sisa sampingan.

“KATS menyokong sebarang kerjasama dengan pihak luar sekiranya jalinan tersebut boleh memberi impak positif dalam pembangunan ekonomi Malaysia secara mampan dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat,” kata KATS dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam satu kenyataan pada 16 November lalu menyuarakan rasa terkejut dengan persetujuan antara kerajaan Perak dan Persekutuan bersama syarikat China tersebut untuk menjalankan penerokaan mineral nadir bumi di negeri itu.

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, Perak tidak belajar daripada ‘pengajaran tragik’ kilang Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah yang menyebabkan keracunan radioaktif serius dalam kalangan penduduk sekitar.

Dakwanya, kerja-kerja penerokaan itu jelas akan menjadi langkah pertama untuk perlombongan nadir bumi di Perak.

Justeru, KATS dan kerajaan negeri digesa bertindak dengan bertanggungjawab dengan menghentikan pelaburan yang hanya mendatangkan keuntungan besar untuk jangka pendek tetapi meninggalkan bahan berbahaya untuk diwarisi generasi akan datang. – Sinar Harian

Tags: Chinakerajaan peraknadir bumiperlombongan mineralRare Earth
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd