• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Gesa Audit Dana RM20 Juta Projek Kereta Terbang

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn. Bhd. (Aerodyne).

Menerusi laporan PAC berkaitan projek kereta terbang, jawatankuasa itu memaklumkan syarikat tersebut merupakan sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek berkenaan.

Menurut jawatankuasa itu, dana itu disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat dikenali sebagai VentureTech Sdn. Bhd. (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Walaupun menteri terbabit berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan, PAC mendapati Might melalui VentureTech meluluskan pelaburan sebanyak RM20 juta kepada Aerodyne.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan wang tersebut disalurkan dari VentureTech kepada Aerodyne pada 1 November 2019,” memetik laporan berkenaan.

Desakan itu adalah salah satu daripada enam syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mereka berhubung projek kereta terbang yang didedahkan hari ini.

Menteri yang dimaksudkan dalam laporan itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sinonim dengan projek kereta terbang.

Sebelum ini Mohd Redzuan memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa tiada wang rakyat dilibatkan dalam projek berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, Ahli Lembaga Pengarah VentureTech meluluskan pelaburan RM20 juta itu bagi membangunkan pusat pemprosesan data di Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta ‘perbelanjaan lain ‘termasuk membeli beberapa dron.

PAC turut menyarankan agar perbelanjaan VentureTech dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan pelaburan itu hanya digunakan hanya untuk tujuan yang diluluskan.

“PAC juga mencadangkan agar pihak kementerian terbabit membuat kajian dan perancangan teliti sebelum menghebahkan sesuatu projek supaya ia tidak memberi persepsi negatif,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kereta terbangPACpelaburan dana awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd