• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Kaji Dasar UEC Diserah Pada KPM Bulan Depan

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu dijangka diserah kepada Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pasukan itu kini dalam proses akhir menyiapkan laporan kajian berhubung pengiktirafan sijil berkenaan.

“Laporan akan disusun bersama lampiran, termasuk transkrip setiap temubual yang telah dilakukan. Setakat ini, pasukan itu berjaya menyiapkan 38 sesi transkrip daripada 48 sesi rakaman yang ada.

“Transkrip setiap temubual adalah elemen penting dalam laporan itu demi berlaku adil kepada semua pihak yang mengemukakan pandangan,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) yang ingin tahu bila hasil kajian PPDUEC akan dibentangkan dan sejauh mana ia akan mempengaruhi sistem persekolahan negara pada masa akan datang.

UEC merupakan sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Maszlee berkata, dasar PPDEUC adalah melakukan proses libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelbagai aspek sebelum memuktamadkan isu ini.

“Pasukan petugas ini menjalankan proses libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk 17 tokoh pendidikan politik sosial, 27 pertubuhan bukan kerajaan, 5 parti politik serta 14 institusi pengajian tinggi awam bagi memastikan pengiktirafan sijil UEC bersifat menyeluruh.

“Selain itu, 2 siri townhall juga dilakukan dengan penglibatan belia bagi mendapat pandangan mereka serta menjemput beberapa ahli Parlimen beri pandangan berkaitan isu ini. Keseluruhan pihak yang beri pandangan dan sumbang saran seramai 406 orang.”

Sementara itu, Maszlee berkata, kementerian komited memastikan pelajar mendapatkan pendidikan sama ada di sekolah kerajaan atau swasta, dengan Akta Bahasa Kebangsaan, Perlembagaan dan perpaduan sentiasa menjadi keutamaan.

“Kementerian percaya kepada pendemokrasian pendidikan,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu usaha kementerian memastikan ibu bapa memilih sekolah kerajaan sebagai pilihan utama.

Tags: KPMPPDUECUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd