• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakaria Tahu Butiran Pemecatan Kalau Hadir Mesyuarat MPP

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid akan mengetahui butiran pemecatannya jika beliau hadir mesyuarat MPP semalam, kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sepatutnya dia sebagai ahli MPP menghadiri mesyuarat semalam dan dia akan mengetahui semua butiran apa yang berlaku.

“Itu yang sepatutnya berlaku dan dia akan dapat menjawab semua persoalan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zakaria yang terkejut dengan berita pemecatannya daripada PKR.

Timbalan Perdana Menteri ditemui pemberita selepas melancarkan Deklarasi Keluarga Malaysia (DKM), di sini hari ini.

Zakaria yang merupakan Ketua Cabang PKR Bera dan seorang ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi, dipecat daripada PKR berkuat kuasa semalam atas dakwaan terbabit dalam rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lepas.

Zakaria dalam satu kenyataannya berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertuduhan disiplin terhadapnya oleh mana-mana pihak, selain tidak dipanggil untuk membela diri seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana badan politik berkanun.

Tags: PKRWan Azizah Wan IsmailZakaria Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan jentera Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP tidak...

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd