• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tender Nafas: Setiap Hari PH Beri Jawapan Berbeza – Najib

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Pakatan Harpaan memberi pelbagai alasan yang berbeza setiap hari berhubung isu pemberian tender padu bernilai RM1.4 bilion kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin menafikan ada campur tangan dalam tender tersebut oleh menteri atau beliau sendiri.

Tetapi, katanya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pula mengaku beliau campur tangan dengan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk tender yang sudah pun dikeluarkan itu dibatalkan dan diberi terus kepada Nafas.

“Timbalan ko dah elok-elok jawab dalam parlimen tak ada campur tangan.

“Yang ko pulak pergi mengaku buat apa? Nanti timbalan ko dituduh menipu dewan rakyat, korang susah pulak,” kata Najib.

Tambah Najib lagi, seorang lagi Menteri PH pula mendakwa isu tender ini adalah sabotaj kakitangan kerajaan.

Manakala seorang lagi pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga merupakan salah satu dari lantikan politik ke lembaga Nafas tuduh ini sabotaj Ketua Setiausaha (KSU) yang luluskan tender ini diberi kepada orang Cina.

“Ya, dah mula main rasis lah tu apabila dorang tak boleh jawab betul-betul,” ujar Najib.

Namun, beliau pelik apabila Timbalan Menteri dan Menteri PH kata tender itu belum dianugerah lagi kerana Menteri Kewangan perlu meluluskan tender yang nilainya lebih RM50 juta.

Jadi, soal Najib, adakah pemimpin parti Amanah ini tuduh Guan Eng hendak menganugerahkan tender itu kepada orang Cina.

Kata Najib lagi, walaupun setiap hari ada alasan yang berlainan dari PH tetapi persoalan yang masih tak terjawab lagi ialah adakah Menteri PH mengubah akta Nafas supaya lembaganya dikuasai oleh lantikan politik menteri dan bukan lagi melalui cara pemilihan oleh ahli-ahlinya.

“Adakah orang yang dilantik itu semua pemimpin parti Amanah dan PH?

“Kenapa pemegang-pemegang saham Nafas perlu tanggung kos sewa untuk berpuluh bilik hotel selama sebulan semasa PRK Tanjung Piai?” soalnya. – MalaysiaGazette

Tags: AmanahNajib Tun Razakpakatan harapanTender Nafas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd