• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Kecam PKR Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan “berani” partinya memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli di Pahang yang disifatkannya pilih bulu.

“Saya katakan berani kerana tindakan ini benar-benar dilihat sebagai suatu langkah reformasi dalam parti, reformasi yang membawa rebah.

“Pemecatan yang dilakukan itu hanya akan mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak pada pimpinan tertentu saja diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim mengumumkan pemecatan Zakaria serta ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.

Ahmad dilaporkan berkata, Zakaria dipecat selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati ketua PKR Bahagian Bera itu menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 ketika bertanding dalam pemilihan parti tahun lalu.

Zakaria bagaimanapun dilaporkan berkata, beliau tidak tahu mengenai pemecatan itu dan akan menunggu penjelasan rasmi parti sebelum memaklumkan tindakan susulan yang mungkin diambilnya.

Hari ini, Zuraida berkata, jika benar SPRM menyarankan parti politik mengambil tindakan terhadap ahlinya yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti juga wajib mengambil tindakan terhadap beberapa ahli yang jelas melanggar undang-undang negara.

“Ia seperti kes pukul, samseng, meminta rasuah semasa pemilihan parti dan beberapa lagi kes yang sememangnya diketahui umum,” dakwanya.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menggesa PKR melakukan reformasi kepimpinan segera, jika mahu parti itu diselamatkan. – FMT

Tags: PKRZakaria Abdul HamidZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd