MALAYSIA hari ini digemparkan apabila tiba-tiba beberapa keping kereta Mercedes milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat diiklan dalam laman Facebook untuk dijual.
Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Raja Kamil ini terus tersebar dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Menurutnya, kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anak Allahyarham, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz.
Katanya dalam iklan tersebut, kereta tersebut akan dijual kepada mana-mana pihak yang menawarkan harga tertinggi.
“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.
“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,†kata Raja Kamil dalam status Facebooknya.
Sementara itu, menerusi komen Raja Kamil bersama pengguna Facebook lain dia menjelaskan wang tersebut sebenarnya hendak disalurkan bagi pengurusan mahaad tahfiz.
Dia juga menerangkan bahawa dia lansung tidak mengambil sebarang keuntungan atau manfaat tertentu disebalik pengiklanan penjualan kereta tersebut.
Bagaimanapun, dalam laporan The Rakyat Post,  Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Nik Mohamad Abduh mendakwa ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.
Oleh: FARAH


