• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramkarpal Minta SPRM Jangan Terpengaruh Cakap Mahathir

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa menteri-menteri Kabinet boleh memberikan kontrak sangat mengejutkan dan tersasar jauh daripada prinsip reformasi yang dipegang oleh Pakatan Harapan, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Tegasnya, kenyataan Dr. Mahathir itu menyebabkan menteri-menteri boleh menganugerahkan kontrak sesuka hati asalkan masih lagi di bawah kuasa mereka.

Dengan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri-menteri yang disyaki terlibat.

Menurut Ramkarpal, Pakatan Harapan bersungguh-sungguh mahu berubah kepada tender terbuka bagi menggalakkan ketelusan semasa proses bidaan kontrak di samping meningkatkan daya saing dalam kalangan pembida.

“Saya tidak pasti hak apa yang beliau rujuk tetapi jika benar ada hak sedemikian (memberi kontrak langsung), secara jelas ia adalah salah dari segi moral untuk para menteri memberikan kontrak sama ada di bawah atau di luar bidang kuasa beliau.

“Ini kerana amalan tersebut dikhuatiri akan mencetuskan favouritisme,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramkarpal yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP berkata, ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan seharusnya menjadi keutamaan semua pihak dan tidak boleh dipandang enteng.

Katanya, proses bidaan adalah bermatlamat untuk menghapuskan rasuah kerana pemberian kontrak kerajaan tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat di tangan seorang indvidu sahaja apatah lagi seorang menteri.

“Inilah sebabnya Janji ke-14 dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah berikrar untuk menggiatkan usaha menghapuskan rasuah.

“Kenyataan Perdana Menteri akan menyebabkan menteri-menteri merasakan mereka boleh memberikan kontrak kepada sesiapa sahaja asalkan tidak keluar daripada bidang kuasa mereka.

“Inilah yang Pakatan Harapan mahu hentikan.

“SPRM tidak harus terpengaruh dengan kenyataan Perdana Menteri sebaliknya mesti berusaha sehabis daya memastikan siasatan dijalankan terhadap menteri-menteri yang disyaki menyalahgunakan kuasa masing-masing dengan memberikan kontrak secara peribadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini mempersoalkan mengapa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menganugerahkan projek penanaman padi bernilai RM1.4 bilion kepada Pertubuhan Peladangan Kebangsaan (Nafas) menerusi rundingan terus sedangkan pertubuhan tersebut gagal dalam bidaan tender terbuka.

Katanya, Salahuddin dalam sepucuk surat bertarikh 7 November 2019 telah meminta Perdana Menteri melantik Nafas untuk projek yang bertempoh tiga tahun bermula 2020-2022 itu. – MalaysiaGazette

Tags: DAPMahathir Mohamadmenteri kabinetramkarpal singhSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd