• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Mohon Usul Bahas Peralihan Kuasa Adalah Palsu – KJ

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan telah menghantar surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkaitan usul membahaskan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy membuat penafian itu di laman Instagramnya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau kini berada di luar negara dan zon masa yang berbeza dengan di tanah air, justeru memohon maaf kerana penjelasan tersebut agak lewat.

“Saya dimaklumkan mengenai surat yang dihantar ke Parlimen oleh saya mengenai usul untuk menukar perdana menteri.

“Saya menegaskan surat tersebut adalah palsu,” katanya.

Khairy juga hairan bagaimana surat tersebut boleh disah terima oleh pejabat di Parlimen tanpa mendapatkan pengesahan beliau terlebih dahulu.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional,” kata KJ dalam kenyataan.

Semalam tular satu tangkap layar surat tersebut yang menggunakan kepala surat Khairy bertarikh 21 November bagi membahaskan usul tersebut di bawah Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Tags: Dewan RakyatKhairy Jamaluddinperalihan kuasaPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd