• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pegang Janji Peralihan Kuasa – Anwar

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian beliau dan Tun Dr Mahathir  berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah.

Ia seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri.

Tegasnya, mereka juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang daripada persetujuan tersebut atau menggunakan nama beliau dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat lain.

Malah, tambah Anwar, Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota Jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.

Demikian kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu selepas mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah memohon persetujuan Dr. Mahathir untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu berbangkit semasa pertemuan itu, yang menjadi topik perbincangan umum secara hangat sejak akhir-akhir ini.

“Hari ini saya mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan memohon persetujuan untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu.

“Pertamanya, pendirian Tun Dr. Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri.

“Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Tambah Anwar, beliau bersama Dr. Mahathir turut bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). – MalaysiaGazette

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd