• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvensyen PKR Sarawak Tetap Berlangsung Sabtu Ini

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan konvensyen parti peringkat negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini di Miri, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata ia berikutan setiap keputusan untuk mengadakan konvensyen negeri telah disusun dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik PKR.

“Semua negeri telah diberikan jadual (konvensyen) dan pelaksanaannya mengikut jadual. Sekiranya ada pandangan sebaliknya, maka saluran yang betul adalah untuk mencadangkan perkara itu kepada MPP dan Biro Politik.

“Barulah satu keputusan itu (boleh) dibuat. Jadi, sehingga proses itu dilakukan kita akan meneruskan (konvensyen negeri Sarawak) pada 23 Nov ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan semula sebuah pusat beli belah Cheras hari ini.

Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Baru Bian dilaporkan berkata pembatalan Konvensyen PKR negeri pada Sabtu ini di Miri merupakan keputusan majoriti melibatkan 32 daripada 46 ahli MPN PKR negeri.

Baru turut dilaporkan berkata keputusan ibu pejabat PKR untuk meneruskan acara itu mengabaikan kehendak majoriti yang mewakili MPN PKR Sarawak.

Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham mengenai keputusan AMK supaya Kongres AMK dan Wanita PKR di Melaka pada 5 Disember ini tetap dirasmikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Saifuddin Nasution berkata: “Keputusan tentang parti kena buat (bincang) dalam mesyuarat parti.

“Tidak boleh buat dalam perjumpaan faction kerana ini bukan cara parti bergerak. Platform sebenar adalah melalui mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR,” katanya.

Muhammad Hilman dilaporkan mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat MPP AMK yang berlangsung di Shah Alam semalam, dan menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan tradisi dan konvensyen yang diamalkan parti.

Tags: Konvensyen PKRPKR SarawakSaifuddin Nasution
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

6 Rakyat Malaysia Ditahan: Beri Ruang Polis Thailand Siasat – Saifuddin

6 Rakyat Malaysia Ditahan: Beri Ruang Polis Thailand Siasat – Saifuddin

16/11/2024
0

Pasir Mas : Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd