• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Perak Kecoh Isu Memorandum Rakyat

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Siasatan terperinci akan dijalankan mengenai penyebaran satu memorandum rakyat kepada wakil-wakil pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, dokumen yang diedarkan menerusi satu sampul surat tidak bertulis itu dilakukan tanpa mendapat kebenaran sidang Dewan.

“Saya difahamkan oleh Setiausaha Dewan di pihak kerajaan mereka tidak ada memorandum sedemikian, saya juga tidak menerimanya.

“Peraturan Dewan jelas bahawa apa-apa juga risalah atau buku yang hendak diedarkan mestilah mendapat persetujuan.

“Jadi kita akan siasat termasuk melalui CCTV (rakaman kamera litar tertutup) pihak mana terlibat, saya akan pastikan sesiapa yang melanggar peraturan diambil tindakan,” katanya.

Isu memorandum berkenaan timbul ketika sesi perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin.

Dokumen bertulis memorandum rakyat negeri Perak itu merupakan salinan yang hendak diserahkan kepada Sultan Perak.

ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika mencelah memberitahu, kandungan memorandum itu mengandungi perkara-perkara yang dianggap satu tuduhan dan memalukan pihak kerajaan sendiri.

Ia mengaitkan tiga pemimpin kerajaan iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua lagi Exco kerajaan negeri iaitu Paul Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau).

“Tidak pasti sama ada speaker ada membaca (memorandum) atau tidak dan bagaimana memorandum ini boleh disebarkan secara bebas sekali di luar pengetahuan speaker sendiri,” katanya.

Kenyataan seolah-olah menuduh speaker terlibat itu kemudiannya ditarik balik selepas diminta berbuat demikian oleh Koo Ham.

Kaitan memorandum itu kemudiannya mencetuskan kekecohan hampir 20 minit selepas pihak kerajaan dan pembangkang saling berbalas kata.

Koo Ham kemudiannya meminta agar semua ahli Yang Berhormat tidak lagi merujuk memorandum itu sementara menunggu siasatan selesai.

“Keputusan siasatan akan diberitahu kelak, mungkin ia datang daripada pihak pembangkang sendiri.

“Makluman saya dapat daripada pegawai dewan, dokumen itu diberikan oleh pembantu ketua pembangkang,” katanya.

ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bangun menempelak pihak kerajaan yang menuduh pembangkang tanpa meneliti kandungan dokumen itu.

“Sesiapa pun membaca (memorandum) ini boleh tahu ia datang dari pihak pro sebelah sana yang tidak suka dengan sebelah sana…bukan datang dari pihak kita,” katanya.

Terdahulu, di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan, Pertubuhan Rangkaian Organisasi Reformis Malaysia (Pro 98 Reformis) Perak dalam satu memorandum bertulis mendesak agar menteri besar berundur bagi memulihkan keyakinan rakyat dan penyokong Pakatan Harapan (PH) negeri itu.

Mereka mendakwa, terlalu banyak kelemahan dan isu yang terjadi termasuk amalan kronisme, ketirisan dan salah guna kuasa.

NGO yang mendokong agenda reformasi itu juga menyebut isu berkaitan Paul Yong yang berdepan tuduhan merogol dan dakwaan membocorkan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi mendapatkan komisen ke atas Abdul Yunus.

Difahamkan memorandum itu akan disampaikan kepada 59 ADUN yang hadir dalam Sidang DUN Perak. – Sinar Harian

Tags: DUN Perakmemorandum rakyatpakatan harapanpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd