• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Lelaki Video Intim Diketahui Sebelum Akhir Tahun

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin identiti lelaki yang dirakam beraksi di atas ranjang – dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan diketahui sebelum hujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, klip video tersebut sudah dihantar ke sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) untuk dianalisis.

Katanya, langkah itu dibuat untuk mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman berkenaan.

Huzir menjelaskan, kertas siasatan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara antara tujuh dan lapan kali dan pihak terbabit sudah diberi arahan untuk dilaksanakan.

“Polis telah pergi ke AS baru-baru ini, dan mereka sudah balik. Laporan analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Ditanya bila keputusan tersebut akan diperolehi, Huzir menjawab: “PDRM sangat yakin sebelum hujung tahun.”

Beliau menambah, PDRM melantik pakar dari luar negara untuk membuat analisis kerana perlukan badan bebas untuk membuat analisis mengenainya.

Antara aspek yang ditumpukan, katanya, ialah menilai ketulenan video tersebut dan menjalankan proses pengecaman wajah individu yang terlibat.

Selepas itu, katanya, ia akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Isu klip berkenaan menjadi perhatian ramai apabila disebarkan – kelihatan seperti dirancang teliti – pada Jun lalu.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu menjadi setiausaha kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kemudian tampil mengaku sebagai seorang daripada lelaki terbabit.

Dia kemudian membuat dakwaan seorang lagi lelaki yang bercumbu dengannya ialah Azmin.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia adalah tindakan pihak tertentu dalam parti yang mahu memusnahkan kerjaya politiknya.

Pada Julai lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberitahu klip video berkenaan adalah tulen namun identiti lelaki yang terlibat tidak dapat disahkan.

Kata beliau, pengesahan itu dibuat CyberSecurity Malaysia.

Huzir berkata, tindakan PDRM menghantar rakaman video tersebut ke luar negara dibuat kerana pihak berkuasa mahukan keputusan yang diperolehi oleh pakar berkecuali.

Katanya, CyberSecurity Malaysia adalah badan dalam kerajaan dan pihak berkuasa berasakan perlu mendapat pandangan pakar bebas.

Ditanya mengapa siasatan kes itu mengambil masa begitu lama, Huzir memberitahu PDRM perlu mengenal pasti pakar yang boleh diyakini untuk membuat analisis.

Katanya jika ia dihantar kepada pihak yang tidak pernah memberi keterangan di mahkamah, ia mungkin menyukarkan proses perundangan.

Menurutnya, ia juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

“Sesetengah pakar bersedia untuk membuat analisis tetapi tak sedia memberi keterangan di mahkamah.

“Ia juga membabitkan banyak perhubungan melalui e-mel kerana polis perlu menanyakan pelbagai soalan. Jadi sebab itu ia mengambil masa lama,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Mohamed Azmin AliPDRMSeks Luar Tabiivideo seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd