• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman Audio Mesyuarat 1MDB Diperdengar Kepada Mahkamah

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa diperdengarkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mereka yang menghadiri mesyuarat pada 24 Februari 2016 ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dua wakil dari Jabatan Audit Negara iaitu Tan Sri Ambrin Buang dan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dari Pejabat Perdana Menteri serta Datuk Seri Mohamad Isa Hussain dari Perbendaharaan.

Kesemua nama itu dikenal pasti oleh Ali selepas mendengar suara mereka semasa pemeriksaan utama oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda yang didakwa meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.

Terdahulu, saksi berusia 64 tahun itu ditunjukkan pemacu pena yang mengandungi rakaman audio sepanjang dua jam 45 minit berhubung mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.

Sri Ram: Adakah sebelum ini kamu pernah lihat pemacu pena mengandungi rakaman audio ini?

Ali: Tidak.

Transkrip rakaman itu diberi kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dan peguam dalam perbicaraan itu.

Kedengarannya seperti anggota panel mesyuarat itu, termasuk seorang wanita dipercayai Saadatul Nafisah, sedang saling berdebat.

Semalam, Ali yang merupakan saksi keempat pendakwaan, menegaskan dalam penyataan saksinya bahawa mesyuarat itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Najib, 66, diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam, Datuk N Sivananthan.

Beliau didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda, 43, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini bersambung esok.

Tags: 1MDBAli HamsaArul Kandalaporan auditNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd