• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tak Puas Hati Laporan Audit 1MDB – Ali Hamsa

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berpuas hati dengan kandungan Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 24 Februari 2016.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkara itu dimaklumkan oleh bekas Perdana Menteri ketika beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Februari 2016.

Ali, 64, yang menyandang jawatan itu sehingga Ogos 2018 berkata, turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

“Datuk Seri Najib menyatakan, beliau tidak mahu dua penyata kewangan berlainan bagi 1MDB dikemukakan dalam Laporan Audit 1MDB. Saya tidak tahu apa masalahnya dengan penyata kewangan tahunan itu.

“Saya ingin menjelaskan di sini, sungguhpun saya ialah anggota Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat. Saya tidak pernah menandatangani dokumen atas kedudukan sebagai anggota Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya tidak pernah terbabit dalam mana-mana proses audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara (NAD).

“Dalam pertemuan itu, saya tidak pernah membaca Laporan Audit 1MDB yang Datuk Seri Najib maksudkan,” kata saksi pendakwaan keempat itu kepada Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Ali yang telah bersara berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada hari kedua perbicaraan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Ditanya oleh Sri Ram apakah perilaku Najib semasa pertemuan itu, Ali berkata, Najib kelihatan agak susah hati.

Jelasnya, selepas perbincangan itu, beliau diarahkan oleh Najib untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan antara NAD dan Arul Kanda yang mewakili 1MDB berhubung rasa tidak puas hati dengan Laporan Audit 1MDB oleh NAD.

“Saya diarahkan supaya tidak mencetak Laporan Audit 1MDB sehingga mendapat kelulusan beliau (Najib). Pada masa itu, saya tiada sebarang maklumat tentang status Laporan Audit 1MDB sama ada ia telah dimuktamadkan atau tidak,” katanya.

Ali yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 38 tahun berkata, pada 23 Februari 2016, beliau meminta Ambrin dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh untuk bertemu di pejabatnya dan memberitahu mereka bahawa beliau sedang mengatur satu mesyuarat pada 24 Februari 2016 dan mengundang wakil NAD, 1MDB, Perbendaharaan dan Jabatan Peguam Negara.

Ali berkata, dalam pertemuan itu, Shukry memberitahu mereka bahawa Laporan Audit 1MDB menjadi krisis yang mesti dikendalikan dengan segera.

Ali seterusnya berkata, sebelum bermulanya mesyuarat pada 24 Februari 2016 yang dipengerusikannya, beliau memaklumkan kepada setiap yang hadir bahawa mesyuarat itu diadakan atas arahan Najib yang mahukan penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Saksi itu berkata, dirinya ialah orang tengah untuk menyelesaikan isu dibangkitkan Najib yang memerlukan rundingan dan persetujuan 1MDB serta NAD.

“Dalam mesyuarat itu, tiada minit dicatatkan. Saya membenarkan ahli mesyuarat membincangkan isu berbangkit daripada Laporan Audit 1MDB. Semua isu berkaitan Laporan Audit 1MDB dibangkitkan oleh Laporan Audit Negara dibincangkan satu per satu. Ia kemudian ditangani oleh Arul Kanda,” katanya.

Najib, 66, didakwa menggunakan jawatannya dengan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan tindakan terhadapnya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan jika bersalah.

Arul Kanda, 43, pula didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan itu bagi melindungi bekas perdana menteri itu di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.

Tags: 1MDBlaporan auditNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd