• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Bincang Masa Depan Negara, Kurangkan ‘Politiking’

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan melibatkan beberapa Ahli Parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi tidak membincangkan apa-apa perkara penting.

Maklumat itu dikongsi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar yang turut mengesahkan pertemuan itu memang berlaku malam tadi.

“Tiada apa yang penting, yang kita bincangkan tentang masa depan negara, perlunya perpaduan negara, perlunya diredakan dan dikurangkan ‘politiking’ antara ahli politik dan menumpukan pembangunan dan kestabilan politik, masa depan negara.

“Dan juga dibincang atau diberi taklimat tentang Dasar Kemakmuran Bersama,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya adakah perjumpaan itu berkisar kepada sokongan agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal mentadbir negara selama sepenggal, Kamarudin menegaskan perkara itu tidak dibincangkan.

“Tak, Tun (Dr. Mahathir) itu tidak dibincangkan, UMNO dah keluar kenyataan beberapa kali, PAS dah keluar kenyataan beberapa kali.

“(Semalam ada sebut tak?) Tak perlu lagi bincang dah, dah diumumkan. Setiausaha Agung PAS dah umum lama dah dia sokong Dr. Mahathir sepenggal.

“UMNO pun umum lama dah sokong Dr. Mahathir satu penggal, bukan isu yang ada pertelingkahan atau perlu bincang,” katanya.

Malam tadi beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Mohamed Azmin.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik).

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan. – Sinar Harian

Tags: Ahli Parlimenkamarudin jaffarMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd