• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalahan Ini Pahit Untuk Ditelan – Syed Saddiq

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan kekalahan besar calon PH, Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil(PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah pahit untuk ditelan.

Syed Saddiq menerusi ciapan pada laman Twitter peribadinya menyatakan kekalahan besar itu menunjukkan rakyat sudah bersuara.

Menurutnya, suara rakyat adalah merupakan suara keramat dan pihaknya memohon maaf kepada seluruh golongan belia rakyat Malaysia di atas kekurangannya.

“Kekalahan ini pahit untuk ditelan… Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat.

“Saya ikhlas memohon maaf kepada seluruh golongan belia Malaysia di atas segala kekurangan saya.

“Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan. Sekali lagi, minta maaf,” katanya.

Syed Saddiq menghantar ciapan berkenaan susulan kekalahan besar dialami calon PH dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu), Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil(PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Menerusi keputusan tidak rasmi, Karmaine hanya menerima 9,856 undi, ditewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng yang berjaya meraih 24,493 undi.

Empat calon lain iaitu Wendy Subramaniam dari Gerakan menerima 1,649 undi; Datuk Ir. Badrulhisham Abdul Aziz dari Berjasa (812 undi; Faridah Aryani Abdul Ghaffar dari Bebas (32 undi) dan Dr. Ang Chuan Lock (375 undi).

Jumlah keseluruhan pengiraan undi adalah 37,217 undi dengan peratusan keluar undi dicatatkan sebanyak 78 peratus. – Sinar Harian

Tags: pakatan harapanPRK Tanjung PiaiSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd