• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundian PRK Tanjung Piai Bermula

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang ini bagi membolehkan pengundi dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai memilih wakil rakyat baharu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu.

Seramai 52,471 pengundi akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu hari ini, selepas kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik daripada Bersatu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini melawan calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng, calon Gerakan, Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

PRK berkenaan merupakan pilihan raya kesembilan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lepas.

Daripada keseluruhan pusat mengundi yang dibuka, sebanyak 11 adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, SK Tanjong Ayer Hitam, SK Parit Haji Adnan, SK Melayu Raya, SK Kampong Sawah, SK Seri Bunian, SK Pengkalan Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, SMK Pekan Nanas, SK Pekan Nanas dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yung Ming 1 dan 2.

Karmaine dijadualkan mengundi di SK Telok Kerang dan Wee di SJKC Yu Ming 1 dan 2 manakala empat lagi calon lain bukan merupakan pengundi Parlimen Tanjung Piai.

Selasa lepas, sebanyak ​​​​​​91 peratus daripada 280 pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis telah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menugaskan seramai 1,019 orang petugas untuk membantu melancarkan proses pengundian kali ini manakala polis pula meletakkan seramai 1,341 pegawai dan anggotanya untuk menjaga keselamatan dan kawalan lalu lintas.

SPR menyasarkan 70 peratus pemilih keluar mengundi dengan keputusan rasmi pengundian dijangka diketahui selewat-lewatnya pada jam 10 malam.

Pusat penjumlahan undi rasmi yang ditetapkan bagi PRK Tanjung Piai adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman sesawangnya meramalkan hari ini mendung dengan suhu antara 23 dan 27 darjah Celcius pada sebelah pagi manakala ribut petir pada sebelah petang dengan suhu antara 25 dan 28 darjah Celcius.

Tags: PRK Tanjung PiaiSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd