• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun: Atendan Hospital, 3 Pelajar Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis menahan seorang atendan hospital swasta dan tiga pelajar sekolah disyaki terlibat dalam kegiatan samun selepas menahan sebuah kereta di Jalan Campbell, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada kejadian pukul 11 pagi itu sepasukan anggotanya yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah mengarahkan mereka berhenti kerana didapati berkelakuan mencurigakan.

“Bagaimanapun pemandu kereta jenis Proton Saga itu terus memecut namun mereka gagal meloloskan diri dan dapat diberkas beberapa kilometer dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya pemeriksaan lanjut menemukan dua parang panjang yang dibalut dengan surat khabar disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang dan empat topi kaledar bercermin gelap dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang cuba menyaumn sebuah rumah di Lorong Delima, Island Glades di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.37 pagi itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada penduduk setempat dan mengepung suspek.

“Suspek yang panik kemudiannya bertindak menyerang anggota polis. Akibat pergelutan itu seorang anggota kita mengalami kecederaan di bahu sebelah kiri dan retak jari kelingking kanan manakala suspek cedera ringan di telinga kiri,” katanya.

Katanya polis percaya suspek yang tinggal berdekatan kawasan perumahan itu turut terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Island Glades dan dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BgtjLZ5Y2W8

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd