• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Israel Ragut 32 Nyawa Di Gaza Sejak Selasa

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terkorban dalam serangan dua hari oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin pada lewat Rabu.

Kementerian itu berkata, 100 lagi termasuk 30 kanak-kanak dan 13 wanita cedera dalam serangan tersebut.

Pada pagi semalam, Briged Al-Quds, sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam berkata, seorang komander lapangannya terbunuh dalam serangan itu.

Terdahulu, tentera Israel berkata, pihaknya telah melakukan serangan udara ke atas skuad Jihad Islam yang cuba melancarkan roket ke arah Israel dari utara Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, lebih 250 roket telah dilancarkan dari Gaza ke arah Israel sejak Selasa pagi.

Perkhidmatan ambulans rasmi Israel, yang dikenali sebagai Red Star of David berkata, 44 rakyat Israel cedera ringan dalam serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah kawasan selatan Israel sejak kelmarin.

Ketegangan memuncak di Gaza pada awal kelmarin selepas satu serangan udara Israel membunuh Bahaa Abu Al-Atta, seorang komander kanan kumpulan Jihad Islam Palestin dan isterinya, Asmaa.

Pesawat perang Israel turut melancarkan serangan udara yang menyasarkan pemimpin Jihad Islam, Akram Al-Ajouri, di ibu kota Syria iaitu Damsyik.

Dua orang, termasuk anak lelaki Al-Ajouri terbunuh manakala 10 lagi cedera, namun pemimpin Jihad Islam itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tags: GazaIsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd