• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran PKR Tegur Akmal Langgar Tradisi Rasmi Kongres

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Veteran PKR hari ini menggesa Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir menjemput semula Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai perasmi Kongres Nasional Pemuda PKR, bulan depan.

Hassan Abdul Karim menerusi surat terbukanya kepada Akmal turut menasihati ahli Parlimen Johor Bharu itu tidak melanggar tradisi PKR di mana menjadi kelaziman timbalan presiden dijemput merasmikan mesyuarat agung atau kongres.

“Apakah faedahnya melanggar tradisi ini? Bukan semua tradisi itu buruk.

“Azmin telah dijemput untuk merasmikan Kongres. Jadi kenapa dibatalkan jemputan itu? Ini tidak manis dan tidak patut, timbalan presiden parti kita sendiri diperlakukan begitu,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, Akmal sepatutnya mengikuti suara majoriti Pemuda PKR yang mahukan Azmin kekal sebagai perasmi kongres.

“Saya bukan ahli Pemuda PKR. Saya sudah tua. Sudah warga emas. Saya ahli biasa PKR. Sudah jadi ahli veteran PKR seumur hidup. Saya sudah bayar yuran jadi ahli PKR seumur hidup.

“Saya hanya seorang ahli parlimen biasa PKR yang sayangkan parti ini. Saya mahu PKR bersatu. Sudah-sudahlah berpecah-belah. Berjiwa besarlah kita semua. Pemuda PKR sepatutnya memainkan peranan menjadi tenaga penyatuan dalam parti, di situlah peranan pemimpin pelapis,” katanya.

Krisis dalaman pemuda PKR tercetus apabila Akmal mengumumkan pembatalan jemputan ke atas Azmin walaupun majoriti pimpinan sayap pemuda yang memenangani pemilihan bersetuju timbalan presidennya sebagai perasmi.

Kenyataan itu semakin panas apabila Azmin ketika mengulas soal tindakan Pemuda PKR membatalkan jemputan sebagai perasmi menyifatkan wujud tangan ghaib yang mendorong Akmal bertindak demikian.

Akmal kemudian menafikan tuduhan Azmin dengan mendakwa sikap Azmin tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik selama setahun serta sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan parti sebagai “tangan ghaib” yang merosakkan PKR. – FMT

Tags: Kongres Nasional AMKMohamed Azmin AliPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd