• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Lapor Salah Laku Peniaga Menerusi ‘EZ Complaint’

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan, boleh menyalurkan aduan mereka menerusi sistem aplikasi telefon pintar iaitu ‘EZ Complaint’.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata aplikasi itu membolehkan pengguna menyalurkan aduan mereka dalam bentuk gambar sebagai bukti, terus ke sistem E-Aduan.

Beliau berkata, EZ Complaint dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah program ‘1Gov App Store’.

“Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri untuk memudahkan pengguna seperti ‘GEOTAG’ di mana pengguna tidak perlu mengisi alamat premis yang diadu dan tidak perlu mengisi nombor aduan untuk penyemakan status.

“Profil pengguna yang berulang, notifikasi e-mel dan maklumat lain yang berkaitan juga hanya diperlukan pada kali pertama memuat turun aplikasi ini,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang 2015 Peringkat Kebangsaan di pasar raya ‘The Store’ di pusat membeli-belah Kuantan Parade di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.

Sementara itu, Hasan berkata Pusat Pengurusan Aduan Pengguna kementeriannya menerima sebanyak 14,089 aduan berkaitan isu kepenggunaan pada tahun 2014, berbanding 11,851 aduan pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah aduan yang diterima tahun lepas, sebanyak 95.87 peratus atau 13,507 aduan berjaya diselesaikan berbanding tahun 2013 iaitu hanya 10,864 aduan atau 91.7 peratus sahaja yang diselesaikan,” katanya.

Hasan berkata, antara faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah aduan adalah kejayaan kempen dan pendidikan kepenggunaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna untuk memperkasakan hak mereka.

“Selain itu, publisiti meluas oleh media mengenai kejayaan operasi penguatkuasaan kementerian juga memberi keyakinan kepada pengguna bahawa aduan mereka akan diberi perhatian,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd