• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spartan Race Kembali Ke Sarawak Tahun Hadapan

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Spartan Race yang pertama kali diadakan di sini, bulan lepas akan kembali lagi ke negeri ini tahun hadapan, bukan sekali, tetapi dua kali.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perlumbaan itu dijadual diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh, di sini pada 4 hingga 5 April dan di Stadium Sarawak pada 3 Oktober tahun hadapan.

“Dijangkakan keseluruhannya seramai 7,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai dua pelumbaan ini tahun hadapan, yang juga Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya dalam satu sidang media, di sini, pada Selasa.

Abdul Karim berkata perlumbaan itu pada 4 dan 5 April tahun depan akan digelar Spartan Race Sarawak 2020 Southeast Asia (SEA) Super Regional Series yang dijangka disertai 4,000 peserta.

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah ‘Spartan Trial’ sejauh 10 kilometer (km) dan 21km tanpa halangan di dalam hutan; ‘Spartan Sprint’ (5km), ‘Spartan Super’ (10km) dan Spartan Kids bagi kanak berusia empat hingga 13 tahun dengan halangan mini mengikut umur (1km dan 2km).

Manakala, perlumbaan Spartan Race Sarawak 2020 yang kedua diadakan bersempena Bulan Sukan Negara di Stadium Sarawak pada 3 Oktober tahun depan dan dijangka disertai 3,000 peserta.

Kategori bagi perlumbaan ini pula ialah ‘Spartan Stadion’ sejauh 5km dengan 20 halangan sekitar stadium, ‘Spartan Kids’ (1km dan 2km), dan ‘Huriccane Heat’ ( 4 jam kem latihan ketahanan).

Abdul Karim berkata ini selepas bandar raya Kuching memenangi pembidaan menganjurkan acara terbabit yang menghimpunkan pemilik dan rakan Spartan Race Asia Pacific mengalahkan Chiang Mai di Thailand.

Menurutnya, perlumbaan pertama kali di negeri itu sebelum ini yang diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh berjaya meraih gelaran laluan paling mencabar di Asia Tenggara.

Tags: sarawakspartan race
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd