• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Rumah Perlu 100 Permit, Pembangkang Soal SPR

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang membidas peringatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas polis meminta kempen rumah ke rumah perlu mendapat permit, tertanya kenapa perkara ini timbul semasa kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

“Apa yang dilakukan SPR mestilah berdasarkan undang-undang dan akta,” kata Ketua Pembangkang, Ismail Sabri kepada pemberita di Parlimen hari ini.

“Sekarang ini tambah lagi peraturan baru. Saya pun tidak faham dengan SPR ini. Dari segi mana?” tambahnya, dan mengingatkan SPR bahawa ia sepatutnya sebuah badan berkecuali.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid berkata gesaan SPR itu “tidak masuk akal” dan “tidak adil” kepada semua parti bertanding memandangkan kempen rumah ke rumah sudah menjadi amalan semasa musim pilihan raya.

“Terlampau ketat. Janganlah itu pun dijadikan peraturan. Itu pun hendak minta kebenaran,” katanya.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad pula percaya ia boleh menyukarkan parti dan calon bertanding bertemu pengundi secara langsung.

“Jika calon mahu pergi ke 100 buah rumah, perlu dapatkan 100 permit?” katanya, dan menambah pembangkang terutamanya sukar menyampaikan maklumat menerusi media arus perdana.

SPR hari ini memaklumkan polis meminta semua parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya mendapatkan permit bagi kempen rumah ke rumah kerana ia juga satu bentuk berkempen.

Kempen pilihan raya kecil bermula 2 November lalu manakala hari pengundian adalah pada 16 November ini. Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunyai 52,986 pengundi yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan lapan pengundi tidak hadir luar negara.

Sementara itu, Ismail berkata pembangkang akan melihat kemungkinan mencabar tindakan SPR itu.

“Walaupun tidak sekarang tapi kita melihat dari segi kemungkinan mencabar tindakan SPR tersebut,” katanya. – FMT

Tags: Barisan Nasionalpermit polisPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd