• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pro-Anwar Bimbang PH Memihak Mahathir Kekal PM

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan pro-Anwar Ibrahim tidak bersetuju isu peralihan kuasa perdana menteri dibincangkan kembali menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata semua pihak perlu berpegang kepada persetujuan dibuat sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di mana Mahathir akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar dalam tempoh dua tahun yang akan berakhir Mei 2020.

“Tidak perlu majlis presiden bersidang lagi tentukan peralihan kuasa, sebab semua sudah bersetuju Mahathir hanya perdana menteri sementara,” katanya kepada FMT.

Razak berkata, Otai Reformis turut melahirkan kebimbangan jika isu peralihan kuasa ditetapkan semula menerusi mesyuarat majlis presiden, keputusannya tidak memihak kepada Anwar kerana majoriti ahlinya kini menjawat jawatan menteri dan lebih cenderung kepada Mahathir.

Katanya, majoriti ahli majlis presiden PH sekarang sudah menjadi menteri, termasuk Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dan Mohamad Sabu menteri pertahanan.

“Kalau perkara itu (peralihan kuasa) diputuskan semula sekarang, mungkin kebarangkalian mereka yang hadir mesyuarat akan condong kepada Mahathir dalam membuat keputusan sebab mereka dilantik Mahathir sebagai menteri.

“Kita bimbang pendirian majoriti akan tolak Anwar kecuali mereka tidak ada jawatan mungkin mereka akan menyebelahi Anwar. Saya tidak rasa Mat Sabu boleh bersetuju.

“Sebab itu Mahathir berani kata, kita bawa benda ini (peralihan kuasa) dalam majlis presiden, saya ingat beliau sudah dapat isyarat mereka (menteri-menteri) akan menyokong beliau,” katanya.

Sebelum ini Mahathir menegaskan hanya Majlis Presiden PH yang akan menentukan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Kenyataan Mahathir itu menyusul selepas beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk PAS bersetuju beliau kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal.

Mengulas lanjut, Razak berkata pihaknya meragui keseriusan Mahathir menunaikan janji menyerahkan jawatan kepada Anwar cukup tempoh dua tahun memandangkan tiada pendirian tetap dibuat pengerusi PPBM itu.

“Dulu PPBM ada 11 kerusi Parlimen, sekarang ada 28 dan PAS pula sekarang menyatakan pendirian sokong Mahathir habis penggal, UMNO sudah tentu akan sokong.

“Mahathir nampak macam nak melengah-lengah masa nak dapatkan sokongan pembangkang dan beberapa wakil rakyat PKR,” katanya sambil menambah kenyataan Mohamed Azmin Ali tidak menggambarkan kedudukan baik untuk Anwar, apabila timbalan presiden PKR itu sendiri meminta Mahathir kekal sehingga habis penggal.

“Saya tak rasa beliau akan serah bila cukup dua tahun, kita jangka beliau akan bertahan sampai habis penggal lima tahun,” katanya sambil memaklumkan Otai Reformis akan menyatakan pendirian rasmi dan desakan terhadap Mahathir menerusi konvensyen kumpulan itu 24 November ini.

Razak juga mendakwa Mahathir tidak berani membubarkan Parlimen lebih awal kerana menyedari kedudukan PPBM masih lemah.

“Mereka menang atas lambang PKR ketika pilihan raya, kalau mereka bertanding atas lambang PPBM, saya tak rasa mereka boleh menang.”

Katanya, Mahathir perlu menyatakan pendirian tetap dengan meletakkan satu tarikh untuk menyerahkan jawatan dan jika perkara itu gagal dilaksanakan, tidak mustahil PPBM sekali lagi akan dihukum di Tanjung Piai.

“Saya rasa Tanjung Piai akan menerima nasib sama seperti Semenyih. PPBM tidak ada jentera di Tanjung Piai, kebanyakan jentera disokong DAP dan PKR,” katanya.

Kritikan Otai Reformis terhadap Mahathir bukan pertama dibuat berhubung peralihan kuasa, kumpulan itu beberapa kali membuat desakan sama termasuk meminta ahli Parlimen Langkawi itu meletakkan satu tarikh khusus untuk melepaskan jawatan. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd