• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Belum Terima Aduan Menteri Beri Sumbangan Semasa Kempen

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima apa-apa aduan mengenai kehadiran menteri yang memberi peruntukan di Tanjung Piai.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata sekiranya ada pihak merasakan perkara itu tidak betul, mereka boleh membuat laporan kepada polis.

“Kuasa penguatkuasaan SPR sangat terhad,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di pusat pengundian awal polis di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SPR menerima aduan mengenai kehadiran menteri untuk memberi sumbangan semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Ditanya sama ada tindakan itu menyalahi undang-undang, Azmi berkata perkara itu bergantung keputusan mahkamah.

Beliau berkata jika ada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

“Mahkamah akan menentukan adakah ianya korupsi. Jadi banyak faktor kena ambil.

“Kira, SPR tidak sewenangnya memutuskan kalau perkara itu betul atau salah,” katanya.

Pengumuman peruntukan oleh beberapa menteri di Tanjung Piai sebelum ini mengundang kritikan daripada pembangkang yang mendakwa ia sebagai usaha meraih undi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad menafikan peruntukan berjumlah RM7 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai adalah bagi meraih sokongan pengundi kawasan itu.

Mahathir menegaskan kerajaan hanya menjalankan tugas seperti biasa dan pemberian peruntukan itu secara kebetulan hampir dengan tarikh PRK kawasan Parlimen itu.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata setakat ini ada 90 kesalahan ditangani Pegawai Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

Beliau berkata kebanyakannya berkaitan dengan kain rentang yang digantung ditempat yang salah.

“Manakala sebanyak 31 laporan polis dibuat dan 3 laporan dibuat dengan SPRM,” katanya.

Azmi berkata dua laporan kepada SPRM mengenai sim kad prabayar yang diedarkan dan satu lagi mengenai RM1,000 diberikan kepada nelayan.

Sementara itu, setakat jam 10 pagi tadi sebanyak 53% anggota polis keluar mengundi awal iaitu sebanyak 151 daripada 280 orang.

“Setakat ini, sangat baik, berjalan lancar dan tidak ada masalah.

“Selalunya undi awal tak ada masalah tetapi kita gembira dan saya nampak ramai pengundi guna kad pengundi dan itu satu inisiatif mereka guna sekarang,” katanya. – FMT

Tags: pakatan harapanPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd