• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tidak Akan Jarakkan Diri Dengan Najib – Zahid

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bertindak menjarakkan diri dengan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, UMNO tetap dengan pendirian sebelum ini yang tidak akan menjarakkan diri dengan Najib biarpun Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau untuk membela diri ekoran pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

“Tidak (takkan jarakkan diri) ada perasaan itupun sedikit, bila seseorang itu sama ada disiasat atau dibicara atau diminta membela diri, pendirian UMNO dan BN tetap sama (tidak jarakkan diri),” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Najib hari ini diarah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu tidak akan memberikan kesan kepada kempen Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Saya rasa tidak ada kesan, sebab kes itu berbeza dengan isu yang berlaku di Tanjung Piai seperti kita tahu banyak isu melibatkan isu rakyat dan Tanjung Piai ini terlibat dengan perikanan dan pekebun kecil. Jadi istu mereka yang melibatkan sara hidup.

“Saya percaya kes ini tidak beri apa-apa kesan kepada PRK Tanjung Piai,” katanya dalam memberikan komen saya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib, hari ini. – MalaysiaGazette

Tags: Ahmad Zahid HamidiBarisan NasionalNajib Tun RazakSRC InternationalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd