• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Romantik Suami Isteri Itu Sunnah Rasulullah SAW

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan landasan meningkatkan rasa cinta, kasih kepada Rasulullah SAW selain menyuburkan rasa sayang kepada pasangan masing-masing.

Itu kata penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila menyentuh keperibadian baginda yang disifatkan orang paling romantik.

Beliau turut berkongsi beberapa petua mengekalkan sifat romantis, kasih sayang antara suami isteri.

“Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.

“Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal. Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka,” tulis Ustaz Ebit di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, setiap pasangan perlu menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan pasangan yang saling melengkapi.

“Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang, melihat mereka dengan perasaan bersyukur kepada ALLAH SWT. Beri perhatian kepada mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH.

“Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya… Bila syukur ALLAH akan tambahkan nikmat,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, di tengah kesibukan mengurus umat, Rasulullah SAW tanpa jemu sentiasa mengingatkan umat Islam menghargai dan memuliakan pasangan.

Dengan sifat sangat lembut, Nabi Muhammad SAW menunjukkan cinta dengan sederhana dan bersahaja seperti memanggil isterinya dengan panggilan manja dan indah hingga mereka akan berasa disayangi dan dihargai.

“Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka… Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya… Saya sangat sayang awak kerana ALLAH.

“Dukung sekali sekala seperti Nabi SAW dukung isterinya, Aisyah kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada setiap pasangan perlu jauhi sikap ego sebaliknya tanamkan sifat sentiasa maaf, bersangka baik selain menuntut ilmu bersama ke arah rumah tangga bahagia.

Perkongisan Ebit Lew itu nyata menarik perhatian warganet termasuk rakan artis.

“Semua orang sayang @ebitlew, orang yang penyayang, sentiasa sebar kasih-sayang. Syukur ada contoh baik macam @ebitlew,” tulis @missfazura.

@lily pula mengucapkan “terima kasih atas tunjuk ajar.” – Sinar Harian

Tags: Maulidur RasulRasulullah SAWromantikustaz ebit lew
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selamat Jalan Proton, Perodua Jika Malaysia Terima CPTPP

Next Post

Bersangka Baik Ibu Bapa Hantar Anak Ke Pusat Tahfiz

Related Posts

Menelusuri Sirah Rasulullah SAW

21/10/2021
0

SIRAH memaparkan kisah suka duka perjalanan Rasulullah SAW sejak detik kelahiran hingga kewafatan Baginda, tentunya mempengaruhi emosi pembaca menghayati setiap...

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Tempuhi Cabaran – PM

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran...

Next Post

Bersangka Baik Ibu Bapa Hantar Anak Ke Pusat Tahfiz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd