• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Ditemukan Di Sungai Kim Kim

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Ismail Dollah berkata mayat mangsa dipercayai warga tempatan dianggarkan berusia lewat 40 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 11.41 pagi Rabu lalu.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90 kilogram.

“Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung,” katanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ismail berkata, dalam masa sama pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mangsa atau ada saudara-mara yang hilang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Tags: mayat kembungsungai kim kim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Tertuduh Cemarkan Sungai Kim Kim Bermula

03/12/2019
0

JOHOR BAHRU - Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim bermula di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Perbicaraan Kes Pencemaran Sungai Kim Kim Ditangguh

16/10/2019
0

JOHOR BAHRU - Perbicaraan kes seorang pemandu lori dan tiga pengarah syarikat yang didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd