• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Pencemaran Sungai Kim Kim Ditangguh

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perbicaraan kes seorang pemandu lori dan tiga pengarah syarikat yang didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Mac lepas, yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke Disember.

Hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menetapkan tarikh baharu iaitu 3, 4 dan 5 Disember ini untuk perbicaraan kes keempat-empat Orang Kena Saman (OKS) iaitu pemandu lori, N Maridass, 35, dan tiga pengarah syarikat, Wang Jing Chao, 34, Yap Yoke Liang, 36, dan Sim Wei Der, 50.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas peguam Hussein Othman memohon perbicaraan yang dijadualkan bermula hari ini dan esok itu ditangguh berikutan tiga lagi peguam yang mewakili kesemua OKS perlu menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi.

Tiada bantahan dikemukakan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Farra Nor Azura Jumuddin.

Hakim bagaimanapun melahirkan kekecewaan atas ketidakhadiran peguam bela dan OKS memandangkan kesukaran menetapkan tarikh perbicaraan hari ini mengikut kesesuaian semua pihak.

Pada 24 Mac lepas, Maridass didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melupuskan buangan terjadual tersebut ke dalam Sungai Kim Kim dengan menggunakan lori jenis Mitsubishi dan semi trailer tangki sawit. Pelupusan dilakukan tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Jing Chao dan Yoke Liang pula didakwa pada hari sama atas tuduhan bersubahat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunakan kenderaan terbabit.

Pada 25 April lau, Wei Der yang merupakan warga Singapura pula didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Maridass, Jing Chao dan Yoke Liang untuk melupuskan buangan terjadual itu ke Sungai Kim Kim.

Tags: pasir gudangpencemaran toksiksungai kim kim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Boleh Mengawal Semua Harga Barangan

Next Post

23 Juta Pemegang MyKad Tidak Kemas Kini Maklumat

Related Posts

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

19/11/2022
0

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Noor Azleen Ambros mendahului kiraan undi di Parlimen Pasir Gudang sehingga pukul 8.10...

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

31/10/2022
0

Masalah bekalan air yang berlanjutan selama empat hari di kawasan Pasir Gudang, Johor, bertukar menjadi isu politik apabila BN menggunakannya...

Next Post

23 Juta Pemegang MyKad Tidak Kemas Kini Maklumat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd