• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Utama Di Malaysia Akan ‘Lenyap’ Pada 2050?

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.

Perkara itu didedahkan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) melalui Twitter rasmi hari ini.

Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.

Antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

“Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.

“Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.

“Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita,” katanya.

Ciapan tersebut menjelaskan, kajian dibuat oleh Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat itu menggunakan model CoastalDEM (Digital Elevation Models) iaitu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) pada kajian terdahulu.

“Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim,” katanya.

Dalam masa sama pendedahan itu turut menyatakan di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus.

“Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050.

“Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap,” katanya. – Sinar Harian

Tags: 2050bandar utamaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd