• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Sebabnya PAS Sokong MCA Pada PRK Tanjung Piai

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Faktor sebenar PAS menyokong calon MCA dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Wee Jeck Seng pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bagi memastikan Muafakat Nasional turut diterima kaum lain.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana muafakat tersebut sudah pun menonjolkan kaum Melayu.

“Oleh kerana Muafakat Nasional terlalu majoriti Melayu dan memerlukan adanya rakyat bukan Islam. Maka ditonjolkan MCA sebagai wakil (untuk) menjadi calon kita di Tanjung Piai.

“Mengapa MCA? Kita tidak meletakkan orang bukan Islam dalam satu bakul sahaja, ada yang ekstrem dan ada yang tidak ekstrem. MCA tidak ekstrem sepertimana yang lain oleh sebab itu terima calon MCA,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada Majlis Ramah Media bersama Presiden PAS dan juga pelancaran akhbar parti itu dalam versi baharu di sebuah hotel di sini petang ini.

Semalam, Abdul Hadi secara terbuka berkata, MCA terdiri daripada gabungan pembangkang pada ketika ini perlu kepada bukan Islam yang tidak ekstrem untuk menyampaikan suara kepada kerajaan.

Selain menyokong Jeck Seng, PAS turut mengarahkan ahlinya yang mengundi di Tanjung Piai agar memilih BN berbanding calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangMCAPASPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd