• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjasa Dakwa PAS, UMNO Tak Panggil Bincang Letak Calon

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Badhrulhisham Abdul Aziz mendakwa PAS dan UMNO tidak melibatkan partinya dalam perbincangan mengenai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presiden Berjasa itu berkata disebabkan itu, beliau membuat keputusan untuk partinya bertanding selepas PAS dan UMNO tidak menghiraukan gesaan untuk meletakkan calon Melayu.

“PAS dan UMNO tak hiraukan dan tidak panggil kami bincang bersama UMNO.

“Kita dah minta PAS bincang untuk benda itu tak berlaku. Tak adil kata tak restu. Sikap macam ini kena ubah. Kalau kita ego macam itu dengan parti lain kita takkan ke mana,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Semalam PAS berkata akan mengkaji kerjasama dengan Berjasa dari “semasa ke semasa”.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata demikian selepas beberapa hari parti sekutunya mengambil keputusan untuk bertanding pada PRK Tanjung Piai.

Berjasa mencalonkan Badhrulhisham yang akan berebut undi dengan calon sekutu baru PAS iaitu UMNO.

PAS yang mempunyai kerjasama rasmi dengan UMNO turut menjalin kerjasama tidak rasmi dengan Berjasa menerusi Gagasan Sejahtera.

Badhrulhisham berkata Muafakat Nasional mesti melangkaui PAS dan UMNO.

Beliau menyeru semua Melayu, Bersatu, NGO, PKR dan Amanah bersatu demi agenda Melayu Islam.

“Itu prasyarat sebelum kita sebut perpaduan harmoni negara.

“Kita seru PAS dan UMNO patutnya lebih terbuka buka ruang perbincangan dengan parti Melayu daripada parti bukan Melayu,” katanya. – FMT

Tags: BerjasaPASPRK Tanjung PiaiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd