• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Anggota Sukarelawan Polis Maut Dikelar

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Isteri kepada seorang anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang maut akibat dikelar di leher oleh penjenayah yang dipercayai cuba menyamun rumahnya di Kampung Batu Papan di sini awal pagi tadi.

Yashmin Fauzi, 26, yang berlumuran darah ditemui terbaring di atas jalan di hadapan rumahnya oleh suaminya Mohd Azrul Isahak, 30, kira-kira pukul 2.40 pagi.

Beliau kemudian membawa isterinya ke Hospital Gua Musang dan meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi.

“Mangsa dipercayai sedang tidur apabila rumahnya diceroboh masuk, disyaki oleh beberapa orang sebelum leher mangsa dikelar.

“Mangsa kemudiannya dipercayai diusung keluar dan ditinggalkan di atas jalan di hadapan rumahnya,” kata

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.

Beliau berkata motif kejadian sedang disiasat selain mengesyaki ia bermotifkan samun.

“Siasatan awal juga mendapati terdapat tompokan darah dalam bilik tidur mangsa dan dipercayai berlaku pembunuhan di situ. Suspek dipercayai mengusung keluar mangsa kerana menganggap mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita juga dimaklumkan ketika suami mangsa pulang, mangsa masih bernyawa dan sempat menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum dia dikejarkan ke hospital,” katanya.

Beliau berkata suami mangsa yang baru memulakan tugas pada pukul 1 pagi di IPD tersebut dilaporkan merasa tidak sedap hati dengan keselamatan isterinya lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. – BERNAMA

Tags: kelarkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd