• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuhi Etika Pilihan Raya Semasa Berkempen – SPR

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh dibabitkan dengan rasuah termasuk jamuan serta pemberian hadiah, barangan atau wang.

Mereka digesa mematuhi peraturan dan etika pilihan raya dan tidak mempengaruhi pengundi yang boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, calon yang mengganggu pengundi daripada menjalankan hak pemilihan secara bebas juga merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.

“Calon dan pihak terlibat dalam aktiviti berkempen perlu melaksanakannya secara berhemah dan mengikut etika kempen menjamin keharmonian masyarakat,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, syarat berkenaan perlu dipatuhi bermula pengisytiharan calon pada 2 November sehingga jam 11.59 malam, 15 November 2019.

“Semua pihak diingatkan sebarang kempen atau aktiviti merayu undi dilarang pada hari mengundi termasuk melalui saluran media sosial. Kesemua parti dilarang membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung pada hari mengundi,” katanya.

Beliau juga mahu orang ramai melaporkan maklumat mengenai kesalahan undang-undang pilihan raya kepada polis dan kelakuan rasuah kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tags: kempen pilihan rayaPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd