• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Jadi Tumpuan, Transit Pengganas – Muhyiddin

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan khususnya di kawasan sempadan bagi mengelak negara ini menjadi transit kumpulan pengganas.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu dibuat susulan Malaysia menjadi antara tumpuan kumpulan pengganas sebagai negara transit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kita memang tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia adalah antara negara tumpuan transit atau sebagainya yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas dan ini telah pun disebutkan dalam laporan kerajaan AS (Amerika Syarikat) semalam.

“Tetapi apa yang penting adalah mengenai apa (langkah-langkah) yang kita lakukan di sini (Malaysia) untuk pastikan supaya elemen-elemen sebegini tidak kita biarkan.

“Sebab itu Bahagian Counter Terrorism cawangan khas PDRM (Polis Diraja Malaysia) amat penting untuk menentukan kalau ada berlaku dan sudah pun terbukti mereka terlibat kita dah ambil tindakan menahan mereka, tuduh dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar ketika hadir pada Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan kerajaan AS mengenai keganasan pada tahun 2018 telah menyatakan peranan berterusan Malaysia sebagai ‘sumber dan titik transit’ bagi kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, disebabkan itu juga kerajaan terpaksa menggunakan undang-undang yang ada kaitan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan sebagainya untuk mengekang kegiatan pengganas di negara ini.

“(Laporan) bukti yang dinyatakan pentadbiran AS adalah satu kenyataan dan disebabkan itu kita terus memantau, mengambil langkah pencegahan dan lain-lain lagi dan ini (sememangnya) ada dalam pengetahuan kita,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kes penculikan di Sabah yang melibatkan kumpulan militan Filipina, Muhyiddin berkata, kerajaan turut menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa negara itu untuk menangani kes tersebut.

“Tetapi memandangkan kes ini berlaku di Malaysia, jadi undang-undang yang digunakan mengikut negara kita,” katanya.

Katanya, kes seumpama itu telah lama berlaku dan kerajaan terus memperketatkan kawalan termasuklah dengan menubuhkan Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Tags: KDNMuhyiddin Yassinpengganastransit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia menafikan dakwaan diesel dari Malaysia dieksport ke Filipina. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, urusan jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd