• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Putus Fatwa Wang Zakat Juga Boleh Diberi Bukan Muslim

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Negeri Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf muallafah qulubuhum` iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

Mufti Perlis, Prof, Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata golongan bukan Muslim layak menerima bantuan berkenaan atas syarat yang ditentukan oleh Ulil Amri atau pemerintah.

“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian semasa memberi ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi sebagai mengulas cadangan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peranan pusat zakat di negara ini.

Ketika menjadi tamu program Akademi Zakat (AZKA) di Shah Alam pada Rabu, Anwar menggesa pusat zakat di negara ini membuat transformasi untuk mengatasi masalah kesempitan hidup umat Islam selain membantu bukan Islam.

Menurut Asri, Perlis telah membuat transformasi sejak lebih dua tahun lepas apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri yang mengadakan mesyuarat kali ke 26/2017 pada 3 Feb, 2017 memutuskan wang zakat boleh diberi kepada asnaf bukan Muslim selain daripada asnaf muslim.

“Ini bermakna Perlis mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW bukan sahaja untuk membantu tetapi juga berharap mereka yang menerimanya terbuka hati untuk memeluk agama Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam tidak mempersoalkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang kononnya bimbang wang zakat akan cepat habis jika diberi juga kepada bukan Muslim.

Tags: bukan muslimfatwaPerlisZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd